5 cara kawal serangga dan makhluk perosak di rumah anda

Cara #1 kawal serangga dan makhluk perosak

Perangkap



Teknik menggunakan perangkap ini adalah teknik yang paling selamat dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Ianya selamat kerana perangkap tidak memerlukan anda menguruskan sebarang racun. Oleh tu anda tak perlu sentuh racun dan mendedahkan diri dalam keadaan yang tidak selamat yang bleh didatangkan oleh racun.

Anda boleh menggunakan perangkap untuk serangga dan makhluk perosak berikut:

  1. Tikus dan cencorot - suri rumah paling kerap menggunakan perangkap untuk mengawal tikus dan cencorot yang masuk berlegar di sekitar dapur mereka. Ianya mudah, berkesan dan amat menyeronokkan apabila anda berjaya memberkas tikus atau cencorot dengan menggunakan perangkap yang anda pasang.
  2. Semut dan lipas - Untuk memerangkap semut atau lipas, anda boleh gunakan 'perangkap boraks'. Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit madu atau gula atau apa saja manisan dengan bahan boraks, masukkan dalam bekas dan letakkan bahan campuran tersebut di kawasan laluan semut atau lipas.

Cara #2 kawal serangga dan makhluk perosak


Semburan buatan sendiri

Jika anda pernah lihat bagaimana pengendali kawalan serangga profesional lakukan kerja mereka, tentu anda akan lihat mereka menggunakan alat penyembur. Mereka menggunakan alat yang dinamakan industrial pest control sprayer.


Anda tak perlu gunakan alat seperti mereka. Anda boleh buat sendiri kesemua itu dengan menggunakan alat penyembut plastik biasa yang digunakan ketika seterika pakaian.

Untuk menyediakan bahan semburan mudah saja. Sediakan dia bahan berikut:

  1. Beberapa ulas bawang putih (3 atau 4 ulas)
  2. Beberapa helai daun pudina (5 atau 6 helai)
Hancurkan kedua-dua bahan tersebut dengan pengisar atau blender dan kemudiannya campurkan dengan air.

Tuangkan air campuran itu ke dalam penyembur dan anda sudah bersedia untuk melakukan semburan pada tempat atau sekitar kawasan yang diserang serangga dan makhluk perosak.

Bahan yang anda sembur itu adalah bahan yang amat mujarab untuk menghalau semut dan lipas. Kedua-dua serangga itu tidak suka bau yang dikeluarkan oleh campuran tersebut.

Sembur di kawasan laluan lipas dan semua atau kawasan sarang tikus atau cencorot.

Nyamuk juga akan menjauhkan diri daripada kawasan semburan bahan campuran tersebut.

Cencurut juga tidak suka bau yang keluar dari cecair semburan itu. Oleh itu ianya juga berkesan untuk menghalau cencurut.

Cara #3 kawal serangga dan makhluk perosak

Pati minyak wangian

Pati minyak wangian mengeluarkan bau yang amat harus dan menyamankan. Anda boleh gunakan bauan seperti lavender, lemon, neem, pudina, rosemary dan lain-lain.

Walaupun baunya harus dan kita suka, tetapi tidak bagi serangga dan makhluk perosak seperti semut, lipas dan lain-lain serangga. Malah tikus juga tak suka bauan tersebut.

Ada berbagai bauan haruman yang boleh digunakan untuk dipasang di dalam rumah anda. Ada jenis yang digantung, ada yang di bakar, ada dalam bentuk cecair dengan sumbu dan lain-lain lagi.

Cara #4 kawal serangga dan makhluk perosak

Tampal dan tutup

Ya! ini adalah paling asas, mudah dan mujarab untuk kawal serangga dan makhluk perosak seperti lipas dan tikus terutamanya.

Anda hanya perlu tampal segala bukaan atau rekahan yang boleh membuatkan lipas masuk dan membiak terutamanya di kawasan dapur atau tandas.

Anda juga dapat halang tikus daripada masuk dalam rumah jika segala lubang yang membawanya masuk ke dalam rumah anda ditampal dengan kukuh.

Untuk kawalan nyamuk pula anda semua tahu dengan memasang jaring atau kelambu halus pada segala bukaan yang ada di rumah, dapat selesaikan masalah nyamu masuk dalam rumah.

Cara #5 kawal serangga dan makhluk perosak

Racun serangga risiko rendah

Ini cara yang orang ramai paling biasa gunakan. Anda hanya perlu pergi ke pasaraya besar dan dapatkan bahan-bahan racun serangga yang ada di jual di sana.

Anda boleh semak pada label di bahan racun serangga tersebut dan pastikan ianya adalah dalam kategori paling rendah risikonya. Ia berada dalam 'Kelas IV' dalam kategori bahaya racun.

Ada umpan beracun tikus, perangkap tersedia untuk lipas, semburan untuk nyamuk, dan lipas dan berbagai lagi jenis racun serangga dan makhluk perosak terdapat di pasaraya.

Pastikan anda membaca segala arahan yang tertulis pada label bahan tersebut sebelum menggunakannya. Jangan ambil ringan perkara tersebut kerana saya lihat ramai yang salah menggunakan racun tersebut membuatkan ianya menjadi tidak berkesan.



NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk

Area Kuala Lumpur, Selangor
Hubungi / Whatsapp 018 870 2973 atau 019 300 4121  (Nad)

www.wasap.my/+60188702973/anai   atau

www.wasap.my/+60193004121/anai  

SERVIS HAPUS ANAI-ANAI

Berbagai kaedah mengawal anai-anai di rumah Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai sekarang. Teknik yang palin...