Kaedah Menghapus dan Mencegah Anai-Anai



Menghapus dan mencegah anai-anai 
Menghapus anai-anai dibangunan atau kediaman yang telah siap. Ini di namakan rawatan tanah selepas pembinaan (pre-post corrective soil treatment) yang mengguna kaedah menggerudi dan menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah. Kaedah ini dikatakan agak lapuk tetapi ia sangat berkesan dan efektif untuk mengawal dan menghapus koloni anai-anai yang berada di bawah premis anda. Mengguna racun berkualiti tinggi seperti Premise, Sentricon, Scea Wazary SC dan lain-lain jaminan (warranty) akan diberikan untuk tempoh 1 hingga 5 tahun mengikut kepekatan bancuhan racun yang disuntik di dalam tanah (jaminan ini mengikut sukatan campuran dan jaminan ketahanan racun tersebut yang tertera di label racun tersebut)


NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk


5 cara kawal serangga dan makhluk perosak di rumah anda

Cara #1 kawal serangga dan makhluk perosak

Perangkap



Teknik menggunakan perangkap ini adalah teknik yang paling selamat dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Ianya selamat kerana perangkap tidak memerlukan anda menguruskan sebarang racun. Oleh tu anda tak perlu sentuh racun dan mendedahkan diri dalam keadaan yang tidak selamat yang bleh didatangkan oleh racun.

Anda boleh menggunakan perangkap untuk serangga dan makhluk perosak berikut:

  1. Tikus dan cencorot - suri rumah paling kerap menggunakan perangkap untuk mengawal tikus dan cencorot yang masuk berlegar di sekitar dapur mereka. Ianya mudah, berkesan dan amat menyeronokkan apabila anda berjaya memberkas tikus atau cencorot dengan menggunakan perangkap yang anda pasang.
  2. Semut dan lipas - Untuk memerangkap semut atau lipas, anda boleh gunakan 'perangkap boraks'. Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit madu atau gula atau apa saja manisan dengan bahan boraks, masukkan dalam bekas dan letakkan bahan campuran tersebut di kawasan laluan semut atau lipas.

Cara #2 kawal serangga dan makhluk perosak


Semburan buatan sendiri

Jika anda pernah lihat bagaimana pengendali kawalan serangga profesional lakukan kerja mereka, tentu anda akan lihat mereka menggunakan alat penyembur. Mereka menggunakan alat yang dinamakan industrial pest control sprayer.


Anda tak perlu gunakan alat seperti mereka. Anda boleh buat sendiri kesemua itu dengan menggunakan alat penyembut plastik biasa yang digunakan ketika seterika pakaian.

Untuk menyediakan bahan semburan mudah saja. Sediakan dia bahan berikut:

  1. Beberapa ulas bawang putih (3 atau 4 ulas)
  2. Beberapa helai daun pudina (5 atau 6 helai)
Hancurkan kedua-dua bahan tersebut dengan pengisar atau blender dan kemudiannya campurkan dengan air.

Tuangkan air campuran itu ke dalam penyembur dan anda sudah bersedia untuk melakukan semburan pada tempat atau sekitar kawasan yang diserang serangga dan makhluk perosak.

Bahan yang anda sembur itu adalah bahan yang amat mujarab untuk menghalau semut dan lipas. Kedua-dua serangga itu tidak suka bau yang dikeluarkan oleh campuran tersebut.

Sembur di kawasan laluan lipas dan semua atau kawasan sarang tikus atau cencorot.

Nyamuk juga akan menjauhkan diri daripada kawasan semburan bahan campuran tersebut.

Cencurut juga tidak suka bau yang keluar dari cecair semburan itu. Oleh itu ianya juga berkesan untuk menghalau cencurut.

Cara #3 kawal serangga dan makhluk perosak

Pati minyak wangian

Pati minyak wangian mengeluarkan bau yang amat harus dan menyamankan. Anda boleh gunakan bauan seperti lavender, lemon, neem, pudina, rosemary dan lain-lain.

Walaupun baunya harus dan kita suka, tetapi tidak bagi serangga dan makhluk perosak seperti semut, lipas dan lain-lain serangga. Malah tikus juga tak suka bauan tersebut.

Ada berbagai bauan haruman yang boleh digunakan untuk dipasang di dalam rumah anda. Ada jenis yang digantung, ada yang di bakar, ada dalam bentuk cecair dengan sumbu dan lain-lain lagi.

Cara #4 kawal serangga dan makhluk perosak

Tampal dan tutup

Ya! ini adalah paling asas, mudah dan mujarab untuk kawal serangga dan makhluk perosak seperti lipas dan tikus terutamanya.

Anda hanya perlu tampal segala bukaan atau rekahan yang boleh membuatkan lipas masuk dan membiak terutamanya di kawasan dapur atau tandas.

Anda juga dapat halang tikus daripada masuk dalam rumah jika segala lubang yang membawanya masuk ke dalam rumah anda ditampal dengan kukuh.

Untuk kawalan nyamuk pula anda semua tahu dengan memasang jaring atau kelambu halus pada segala bukaan yang ada di rumah, dapat selesaikan masalah nyamu masuk dalam rumah.

Cara #5 kawal serangga dan makhluk perosak

Racun serangga risiko rendah

Ini cara yang orang ramai paling biasa gunakan. Anda hanya perlu pergi ke pasaraya besar dan dapatkan bahan-bahan racun serangga yang ada di jual di sana.

Anda boleh semak pada label di bahan racun serangga tersebut dan pastikan ianya adalah dalam kategori paling rendah risikonya. Ia berada dalam 'Kelas IV' dalam kategori bahaya racun.

Ada umpan beracun tikus, perangkap tersedia untuk lipas, semburan untuk nyamuk, dan lipas dan berbagai lagi jenis racun serangga dan makhluk perosak terdapat di pasaraya.

Pastikan anda membaca segala arahan yang tertulis pada label bahan tersebut sebelum menggunakannya. Jangan ambil ringan perkara tersebut kerana saya lihat ramai yang salah menggunakan racun tersebut membuatkan ianya menjadi tidak berkesan.



NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk

Area Kuala Lumpur, Selangor
Hubungi / Whatsapp 018 870 2973 atau 019 300 4121  (Nad)

www.wasap.my/+60188702973/anai   atau

www.wasap.my/+60193004121/anai  

CARA HAPUSKAN ANAI-ANAI



1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.



2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.



3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.



4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.


5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.



6. Racun
Pilihan yang terakhir yang boleh anda lakukan adalah beli sahaja racun anai-anai di pasaran. Namun, pastikan racun tersebut digunakan mengikut aturan. Pastikan anai-anai dihapuskan daripada bermaharajalela di dalam rumah anda untuk menyelamatkan harta benda dan mengelakkan daripada menanggung kerugian.  Selamat mencuba.

NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk


CARA MENGESAN KEHADIRAN ANAI-ANAI





Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

Kesan Perubahan Warna “Texture Color” Pada Bahan Kayu
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”
Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk


http://servisanaianai.blogspot.my
Area Kuala Lumpur, Selangor
Hubungi / Whatsapp 018 870 2973 atau 019 300 4121  (Nad)

www.wasap.my/+60188702973/anai

Bagaimana mahu mencegah serangan anai-andai di rumah anda?


Inilah ibu anai-anai


Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. 

Kebiasaannya anai-anai ini akan memakan kayu yang sudah lapuk. Namun, terdapat juga kes anai-anai makan kayu yang masih elok dan baik seperti yang terdapat di tiang atau bumbung rumah yang sememangnya berasaskan kayu.

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah dan dipanggil busut  kerana anai-anai sukakan tempat yang lembab, dingin dan terlindung.Anai-anai menimbulkan masalah besar jika ia menyerang rumah anda kerana ia boleh merosakkan perabut, syiling rumah, pakaian, dokumen dan lain-lain lagi.

NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk


http://servisanaianai.blogspot.my



Cara Hapuskan Anai-Anai



Anai-anai adalah serangga perosak yang paling ditakuti oleh semua pemilik bangunan berkayu. Bila sesuatu bangunan atau binaan kayu telah di serang anai-anai, amatlah sukar untuk menghalangnya.

Kitaran Hidup.

Rajah berikut menunjukkan kitaran hidup anai-anai sehinggalah ada antara mereka menjadi pekerja, askar, raja dan ratu.

Antara petua menghalau anai-anai:

  • Semburkan minyak tanah terus ke tempat yang diserang anai-anai. Untuk lebih berkesan, campurkan minyak serai.
  • Rendam tembakau semalaman, semburkan air tembakau terus ke atas tempat yang diserang anai-anai.
  • Campurkan garam, tembakau dan air, biarkan semalaman. Semburkan terus ke atas tempat yang diserang anai-anai.
  • Semburkan air yang dicampur kapur sirih terus ke tempat yang diserang anai-anai.
  • Gunakan air beras cucian pertama, semburkan terus tempat yang diserang anai-anai.
  • Tanamkan hati ikan pari di sekeliling rumah atau pangkal pokok. Dapatkan hati pari di pasar ikan.
  • Gunakan racun sebagai pilihan terakhir. Penggunaan racun mestilah dilakukan mengikut peraturan kerana ia sangat merbahaya.
NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk

http://servisanaianai.blogspot.my

SERVIS HAPUS ANAI-ANAI

Berbagai kaedah mengawal anai-anai di rumah Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai sekarang. Teknik yang palin...