CARA MENGESAN KEHADIRAN ANAI-ANAI





Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

Kesan Perubahan Warna “Texture Color” Pada Bahan Kayu
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”
Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk


http://servisanaianai.blogspot.my
Area Kuala Lumpur, Selangor
Hubungi / Whatsapp 018 870 2973 atau 019 300 4121  (Nad)

www.wasap.my/+60188702973/anai

SERVIS HAPUS ANAI-ANAI

Berbagai kaedah mengawal anai-anai di rumah Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai sekarang. Teknik yang palin...