SERVIS HAPUS ANAI-ANAI

Berbagai kaedah mengawal anai-anai di rumah

Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai sekarang. Teknik yang paling biasa diguna pakai sejak sekian lama adalah teknik rawatan tanah dengan menggunakan bahan kimia.

Teknik ini memerlukan lantai sekeliling rumah anda ditebuk sebelum disuntik dengan bahan kimia ke dalamnya bagi merawat tanah yang berada di bawah lantai rumah anda.




Mengawal anai-anai dengan cara drilling

Lantai akan ditebuk pada luar dan dalam rumah anda pada sisi dinding. Jarak lubang yang ditebuk dengan dinding adalah sekitar 6 inci dan jarak antara 2 lubang adalah sekitar 18 inci.

Bergantung kepada saiz rumah anda jumlah lubang yang akan ditebuk mungkin sebanyak 100 hingga 150 lubang di dalam rumah dan sekitar 100 atau 150 lubang di luar rumah. Jika rumah anda adalah rumah teres yang berada di tengah, hanya bahagian dalam rumah sahaja akan ditebuk.

Prinsip asas dalam menggunakan bahan kimia adalah menghasilkan satu pagar bahan kimia bagi di antara rumah anda dan sarang anai-anai.

Pada kebiasaannya anai-anai bersarang di dalam tanah di bawah rumah anda dan ia memasuki rumah melalui celahan atau rekahan yang terdapat pada struktur rumah anda dari bawah.

Menggunakan bahan kimia untuk mengawal anai-anai



Oleh itu apabila bahan kimia disuntik melalui lubang yang ditebuk, tanah yang berada dibahagian bawah dan dinding tapak asas rumah anda akan diselaputi oleh bahan kimia yang mampu menghalang atau membunuh anai-anai dari memasuki rumah anda.


Terdapat 2 jenis bahan kimia yang biasa digunakan iaitu jenis menghalau dan jenis tidak menghalau anai-anai.

Bahan kimia jenis menghalau anai-anai dapat menghalang anai-anai mendekati tanah atau struktur rumah anda yang telah diselaputi bahan kimia.

Ini menyebabkan rumah anda selamat dari dimasuki anai-anai tetapi tidak membunuh anai-anai jika dia sempat menukar haluan dari melalui tempat tersebut.

Jika anai-anai terkena bahan kimia jenis menghalau ini, ia akan segera mati oleh bahan tosik yang ada pada bahan kimia tersebut.


Membunuh anai-anai dengan semburan setempat
Terdapat teknik rawatan anai secara menyembur bahan kimia pada kawasan serangan anai-anai, ini dinamakan teknik semburan setempat.

Sebenarnya teknik ini hanya membunuh anai-anai pada kawasan tersebut sahaja sedangkan terdapat berjuta lagi anai-anai yang sedang merayap secara diam di bawah serta sekitar rumah anda yang tidak anda ketahui.

Setelah sekeliling rumah anda ditebuk dan disuntik dengan bahan kimia, kebiasaannya struktur kayu yang terdapat pada rumah anda terutamanya pada bahagian bumbung di atas siling akan disembur dengan bahan kimia yang sama bagi menghalang serangan anai-anai pada bahagian atas rumah anda yang mungkin datang melalui bumbung rumah jiran anda.

Mengawal anai-anai ketika permulaan membina rumah
Sebenarnya cara yang lebih menjimatkan adalah dengan melakukan rawatan tanah pada waktu pembinaannya. Keseluruhan tapak rumah anda perlu dirawat dengan bahan kimia sebelum pembinaan dimulakan.

Ini merupakan teknik pencegahan yang lebih menyeluruh di mana seluruh tapak rumah anda telah di adakan halangan bahan kimia dari serangan anai-anai.

Namun bahan kimia yang berada di pasaran sekarang tidak dapat bertahan lama. Biasanya ia akan hilang selepas 2 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis bahan kimia yang anda gunakan.

Selepas tamat sahaja tempoh jaminan bahan kimia tersebut, rawatan baru perlu dilakukan semula melaui teknik tebukan lubang atau drilling seperti yang diterangkan di atas.

NAMPAK ANAI-ANAI? JANGAN BIARKAN IANYA HANCURKAN TEMPAT TINGGAL ANDA, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT
Servis Hapus Anai-Anai dan Serangga Perosak, Lipas, Semut, Tikus, Nyamuk







SERVIS HAPUS ANAI-ANAI

Berbagai kaedah mengawal anai-anai di rumah Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai sekarang. Teknik yang palin...